Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor pastikan golongan buta huruf tidak ketinggalan

BANTING 7 APRIL: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan, dalam kerancakan menjana kekayaan ekonomi negeri, kerajaan perlu komited memastikan tiada golongan tercicir daripada menikmati hasil pembangunan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali berkata golongan mudah ketinggalan yang menjadi kebimbangan Abdul Khalid adalah golongan buta huruf.
Dr Halimah


“Kita tak mahu Selangor yang paling kaya dan maju ini masih ada kes orang yang buta huruf.
“Nak tulis nama sendiri, nak isi borang Jabatan Kebajikan, borang Skim Mikro Kredit pun tak mampu, nak minta rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga tak mampu. Kerana Apa? Kerana tak tahu membaca, menulis,” kata Dr Halimah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian bilik komputer di Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan Tamil (SRJKT), Jugra di sini hari ini.
Kata beliau lagi antara langkah yang diambil kerajaan negeri termasuk menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM4 juta kepada sekolah Tamil di Selangor.
Peruntukan itu diberikan secara konsisten, bukannya pada musim pilihan raya sahaja seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
Dr Halimah dalam ucapannya turut menyarankan agar SR(j)KT, Jugra agar mengambil bahagian dalam kempen membaca peringkat Selangor yang akan diadakan pada 22 April ini.
Kata beliau gerakan kempen yang dipelopori Kerajaan Kegeri itu turut menarik minat kerajaan pusat untuk mengambil bahagian dalam kempen kali ini.
Kempen membaca kali ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Dalam kempen itu nanti, bermula tepat jam 10.00 pagi, para pelajar dan orang ramai disarankan membaca apa-apa bahan bacaan selama 10 minit.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:04:45 daripada Administrator

  •  
  • Print