Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Muazzin Masjid Negeri johan Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor

PELABUHAN KLANG, 5 APR: Muazzin Masjid Negeri Selangor, Mohd Fahmi Ashraf Razali diumum sebagai peserta terbaik Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Selangor 1435H/2014M selepas menewaskan sembilan peserta lain.
Mohd Fahmi, 23, yang mewakili Kuala Selangor, berkata kemenangan yang diraihnya itu menjadikan beliau lebih bersemangat dan gigih untuk mempersiapkan diri dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.
“Syukur saya kepada Allah SWT kerana memberi keizinan untuk menyertai tilawah kali ini dan memberi saya kemenangan,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang, di sini, semalam.
4


Bagi pemenang kategori qariah, Nor Faizah Panut, 25, pula menganggap kejayaan yang diraihnya buat kali keempat berturut-turut itu berpunca daripada berkat kesabaran dan latihan berterusan yang diamalkan.
“Alhamdulillah, ini kali keempat saya dapat ke peringkat kebangsaan dan Insya-Allah kejayaan ini akan memantapkan lagi bacaan saya pada masa hadapan,” katanya yang mewakili Daerah Klang.
Mohd Fahmi dan Nor Faizah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan, sepersalinan pakaian, hadiah mengerjakan umrah dan sijil penyertaan.
8


Pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor kali ini seramai 10 qari dan tujuh qariah memperdengarkan bacaan masing-masing yang berlangusng di Masjid Kampung Raja Uda, di sini, sejak 2 April lalu.
Pembukaan majlis yang dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu ditutup dengan rasminya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Selain itu, baginda Sultan turut berkenan menyampaikan hadiah kemenangan kepada pemenang.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:06:34 daripada Administrator

  •  
  • Print