Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

SHAH ALAM, 19 MAC: Anak Selangor Football Club (ASFC) menyokong langkah Kerajaan Negeri menaik taraf Stadium Shah Alam supaya setanding stadium antarabangsa kerana ia bakal meningkatkan kualiti permainan yang dilangsungkan di situ.
Presidennya, Mohd Faizal Wahid, 33, berkata, penambahbaikan itu juga tepat pada masanya kerana stadium dibuka pada 1994 itu adalah antara stadium utama di negara ini.
“Apa dilakukan Kerajaan Negeri itu satu usaha yang baik bukan setakat untuk Selangor tetapi juga untuk negara.
bola selangor

“Saya selaku Presiden ASFC menyokong perancangan Kerajaan Negeri ini. Dengan segala kemudahan di stadium dalam keadaan sempurna termasuk padang yang baik, ia pasti memberi semangat kepada pemain terutama Selangor untuk beraksi cemerlang di stadium kebanggaan ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Mohd Faizal berkata, perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kelantan di stadium itu Sabtu ini selepas enam bulan ditutup pasti ditunggu penyokong tuan rumah dengan semangat berkobar.
Beliau berkata, penggunaan semula stadium juga sesuai kerana ia menemukan dua pasukan terkuat dalam liga tempatan.
07

Katanya, bagi menghindar perkara tidak diingini, penyokong perlu mengawal tingkah laku dan bersama menjaga kemudahan disediakan demi kepentingan semua pihak.
“Bila barangan dan kemudahan di stadium jadi pecah, masalah akan dipikul Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tetapi saya yakin penyokong Selangor tidak membuat perkara dilarang. Kalah dan menang adalah resam dalam sukan.
“Saya sudah tekankan kepada ahli kelab supaya menjaga tingkah laku,” katanya.
Baru-baru ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM140 juta bagi menaik taraf stadium itu supaya setanding stadium antarabangsa.

Sumber : www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 08:49:46 daripada Administrator

  •  
  • Print