Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MoU penstrukturan air kerjasama strategik Kerajaan Pusat dan Selangor

SHAH ALAM, 27 FEB : Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air yang dimeterai kerajaan pusat dan negeri semalam disifatkan sebagai hari bersejarah kerana ia melibatkan percaturan kerjasama strategik antara dua pihak berbeza ideologi politik.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran, berkata pemeteraian MoU itu menunjukkan perkembangan positif terhadap industri air di Selangor yang akan memberi kepentingan kepada penduduk di negeri itu termasuk Wilayah Persekutuan.
air-syabas_MB1

Katanya sesuatu projek yang memberi manfaat kepada rakyat seharusnya dilaksanakan dengan segera tanpa memikirkan ideologi politik antara kedua-dua belah pihak.
“Biarpun sedikit terlewat, namun sekurang-kurangnya ia dapat diselesaikan ketika pelbagai lapisan masyarakat mahu mengetepikan perbezaan politik dan mengutamakan kehendak rakyat,” katanya dalam satu wawancara bersama akhbar Berita Harian.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Melalui MoU itu, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa semalam dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:09:15 daripada Administrator

  •  
  • Print