Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

SHAH ALAM 15 FEB: Kerajaan Selangor sedia menghantar guru tuisyen ke pusat kebajikan anak yatim jika mereka memerlukan perkhidmatan itu, kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail

Beliau yang mengulas mengenai inisiatif untuk membantu anak yatim, berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan dari segi pendidikan dan kemahiran.

“Jika anak yatim memerlukan khidmat tuisyen, kita akan hantar guru ke pusat kebajikan itu. Kita juga turut menyediakan bantuan kemahiran bersesuaian untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merai 370 anak yatim dari 10 rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Selangor dalam Majlis Tautan Kasih di Taman Tema Wet World. Antara rumah kebajikan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih, Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Rumah Nur Hikmah, Rumah Perlindungan Nasuha, Rumah Siti Khadijah Anak Yatim Puteri Meru dan Rumah Siti Khadijah Anak Tahfiz Putera.

Selain itu, Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone Selangor, Pusat Jagaan Persatuan Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi, Pusat Jagaan Good Samaritan Home dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan. Program tahunan anjuran Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sejak 2010 itu bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk bersantai dan berhibur pada hujung minggu sambil menekankan konsep kekeluargaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu, berkata program berkenaan merapatkan ukhwah sesama insan selain berpeluang mendekati anak yatim secara tidak langsung. Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa membantu menyediakan keperluan asas kepada rumah kebajikan di Selangor demi memastikan nasib anak yatim terbela.

“Melalui program ini, kita dapat mendekati anak yatim. Saya gembira kerana keceriaan anak yatim jelas terpancar dan program ini dapat menghilangkan kebosanan atau rasa rendah diri mereka,” katanya.

Rodziah berkata, kerajaan Selangor juga menyumbang RM50 kepada setiap anak yatim yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk bukan Islam. Katanya, anak yatim berkenaan turut menerima sumbangan cermin mata daripada syarikat CBR Network.

Sumber: www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-03-24 09:01:24 daripada Administrator

  •  
  • Print