Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

KAFA Menengah, usaha Kerajaan Negeri dipuji

KUALA SELANGOR 8 FEB : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memuji komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pengajian Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) tidak terhenti diperingkat Sekolah Rendah Agama.
Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Mohd Amir Danuri, berkata keputusan melebarkan KAFA ke peringkat menengah oleh Kerajaan Negeri sebagai satu usaha murni yang wajar dibanggakan.
IMG_2415a

“Kami (JAIS) berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan yang cukup kuat ini. Saya percaya projek perintis ini akan terlaksana dengan cemerlang seterusnya berkembang dengan jayanya.
“Ini adalah petanda baik untuk pendidikan Islam kepada anak-anak Islam khususnya di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Perasmian KAFA Menenggah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Saujana Utama di sini baru-baru ini.
Untuk rekod, JAIS mempunyai 23 Sekolah Menegah Agama diseluruh Selangor dan tiga buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi.
Jumlah itu bagaimana pun, masih belum mencukupi bagi menampung permintaan tinggi dari ibu bapa di Selangor yang inginkan anak-anak mereka ke sekolah menengah aliran agama.
“JAIS hanya mampu membuat pengambilan 3,700 pelajar tingkatan satu setiap tahun untuk ditempatkan di 26 buah sekolah yang ada.
Kafa menengah

“Jadi, KAFA Menengah ini adalah peluang ‘pendidikan alternatif’ kepada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka ke aliran agama setelah tidak berpeluang mengikuti pengajian sekolah agama menengah negeri atau persekutuan,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:19:46 daripada Administrator

  •  
  • Print