Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

LZS kutip zakat RM517.4 juta, sasar RM530 juta pada 2014

SHAH ALAM, 21 JAN : Jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Selangor pada tahun 2013 melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak RM517.4 juta berbanding RM451.3 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohamed Izam Mohamed Yusof pada sidang media khas yang diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.
Lembaga-Zakat-Selangor

Beliau berkata jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM470 juta yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kenaikan sebanyak 14.6 peratus dan perbezaan sejumlah RM66.1 juta. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM497.9 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM19.6 juta daripada zakat fitrah.

“Jumlah pembayar zakat harta bagi tahun lalu ialah seramai 233,371 orang (meningkat 10.9 peratus) berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 41,533 orang merupakan pembayar baru di LZS,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi tahun 2013, Mais melalui LZS mengutip zakat fitrah sebanyak RM19.6 juta, berbanding RM18.8 juta pada tahun 2012. Tambahnya, LZS turut meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM530 juta dengan mengambil kira faktor kesedaran membayar semakin meningkat.

Zakat


Katanya lagi, seramai 309 keluarga ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor untuk menerima pelbagai bantuan bagi 2013 melalui 52 siri pencarian Skuad Jejak Kemiskinan (SJK). Bagi 2013, seramai 250 orang penerima bantuan zakat pada 2012 keluar daripada kategori asnaf. Mereka terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan LZS.

Sementara itu, 783 keluarga yang menjadi penerima zakat pada 2012 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang dilaksanakan LZS menggunakan garis penetuan fakir dan miskin iaitu Had Al-Kifayah.

“LZS melihat pendidikan sebagai medium penting memperkasakan asnaf terutama ganerasi kedua anak-anak. “Pelbagai bantuan pendidikan disediakan termasuk bantuan persekolahan anak-anak asnaf fakir dan miskin bagi sesi 2014.

“Sejumlah RM20 juta diagihkan kepada 37,646 orang pelajar asnaf fakir dan miskin merangkumi pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Selangor,” katanya lagi.

LZS juga turut membiayai seramai 4,567 orang pelajar asnaf yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi. Pada 2013, LZS mengutip zakat harta sebanyak RM497.9 juta, berbanding RM432.2 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh Zakat Pendapatan (RM308.5 juta), diikuti Zakat Perniagaan (RM92.7 juta); Zakat Harta (RM38.7 juta; Zakat Simpanan (RM33.8 juta); Manakala Zakat Saham (RM9.7 juta); Zakat KWSP (RM7.9 juta); Zakat Tanaman (RM2.9 juta), Zakat Emas dan Perak (RM2.46 juta); Qada Zakat (RM1.2 juta) dan Zakat Ternakan (RM0.02 juta).


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-01-24 11:59:47 daripada Administrator

  •  
  • Print