Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor sasar bina 35,000 rumah mampu milik dalam tempoh 4 tahun

SHAH ALAM, 21 JAN : Kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 35,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun untuk memberi peluang kepada semua rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah membina 10,000 unit rumah mampu milik di Kota Puteri dan Antara Gapi.

Katanya,beberapa siri perbincangan turut diadakan bersama syarikat pemaju lain seperti Kwasa Land yang juga anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menetapkan dasar baru iaitu pemaju mesti membina 40 hingga 50 peratus rumah mampu milik bagi mencapai sasaran itu.

YB Iskandar 1

“Kerajaan negeri memperkenalkan dasar baru untuk memastikan kepelbagaian pembinaan rumah mampu milik yang wajib dibina pemaju dalam sesebuah projek.

“Polisi baru ini membabitkan lebih banyak jenis rumah bagi memenuhi kehendak rakyat yang berpendapatan rendah sehingga yang berpendapatan isi rumah RM8000 sebulan dan dibina bergantung kepada permintaan,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, baru-baru ini. Iskandar berkata, kerajaan negeri turut mensasarkan pembinaan 2,000 unit rumah sewa dengan peruntukan RM150 juta bagi penduduk yang tidak memiliki kediaman atau tidak berhasrat membeli rumah di Selangor.

Katanya, peruntukan RM100 juta juga turut digunakan bagi melaksanakan projek pertama pembangunan Rumah Selangorku yang mensasarkan pembinaan 2,600 unit di Sungai Sering, Hulu Kelang yang dijangka bermula tahun ini. Sementara itu, ketika mengulas berkenaan halangan yang dihadapi rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri, Iskandar berkata, ia seringkali tertumpu kepada isu pinjaman bank.
 
rumah mampu milik sept 2012 02


“Masalah itu akan cuba diselesaikan kerajaan negeri melalui peruntukan RM50 juta setahun sebagai bantuan pinjaman kepada pembeli yang mengalami kesukaran dengan pinjaman bank.

“Kita pernah berbincang dengan pihak bank untuk meletakkan sejumlah RM10 juta ke dalam akaun bank bagi memudahkan pinjaman dan urusan pembayaran.

“Malangnya, rancangan itu tidak mendapat kerjasama daripada pihak bank walaupun Bank Negara Malaysia menyatakan persetujuan mereka sebelum ini. Kita sememangnya mahu membantu daripada segi pinjaman perumahan, sebab itu menyediakan peruntukan untuk membantu pembeli,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-01-24 11:53:57 daripada Administrator

  •  
  • Print