Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Pusat Khidmat Krisis Sehenti

Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi.

Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, terdapat program OSCC di mana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.

OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.
4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.
6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

ANJURAN

1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
2.Seksyen Sektoral, UPEN
3.Sekretariat OSCC
4.ADUN dan Pusat Khidmat DUN
5. NGO Wanita

BIDANG TUGAS SEKRETARIAT OSCC

1. Menyelaraskan 'monitoring' dan 'follow-up' semua gerak kerja Projek Kempen Kesedaran OSCC dan melaporkan secara terus dengan Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
2. Menyediakan bahan-bahan kempen (dalam fail yang dinamakan INFO KIT OSCC) yang dikeluarkan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
3. Mengadakan program TOT bagi NGO untuk Projek Kempen Kesedaran OSCC.
4. Menyediakan takwim Projek Kempen Kesedaran OSCC di semua 56 buah kawasan DUN.
5. Membuat perlantikan NGO-NGO dengan kelulusan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
6. Menyemak nama-nama penceramah yang dinamakan oleh NGO yang terlibat.
7. Melantik penceramah-penceramah yang dinamakan oleh NGO dan nama-nama lain yang difikirkan sesuai oleh Sekretariat dengan perbincangan bersama 
8. Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
9. Menyediakan borang perjanjian dengan NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC.
10. Membantu mendapatkan peruntukan kewangan kepada NGO-NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC bagi setiap program melalui Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
11. Melakukan pemantauan (Monitoring sheet) dan kompilasi maklumbalas peserta kempen.
12. Menyediakan borang laporan program, borang soal selidik keberkesanan program untuk dianalisa dan disemak oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita

KUMPULAN SASARAN

1. Pegawai DUN
2. AJK Parti DUN
3. Ahli Majlis Perbandaran
4, Ketua Kampung
5. Jawatankuasa Penduduk & Jawatankuasa Belia
6. Pegawai Polis
7. Pengerusi Rumah Ibadah (Surau, Kuil, Tokong, Gereja)
8. AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah
9. Pengusaha-pengusaha Taska dan Tadika
10. Pekerja-pekerja Kilang dan Industri
11. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej, IPTA dan IPTS
12. Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan
13. Penduduk Setempat

Terdapat enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu:


Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000
No. Fax : 03-42954666
Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
No. Telefon : 03-89475555
No. Fax : 03-89475210
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
No. Telefon : 03-61367788, 
                   03-61203233
No. Fax : 03-61377097
Hospital Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
No. Telefon : 03-61454333
No. Fax : 03-61454222
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
41200 Klang
No. Telefon : 03-3375 7000
No. Fax : 03-3374 9557

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
No. Fax : 03-8736 7527



Sumber: http://mes.selangor.gov.my



Kemaskini pada 2016-05-03 12:12:01 daripada Administrator

  •  
  • Print