Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Kerajaan Selangor pandang serius serbuan terhadap BSM

SHAH ALAM 4 JAN: Kerajaan Negeri memandang serius insiden serbuan oleh kakitangan bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap pejabat Bible Society Malaysia (BSM) pada Khamis lalu.

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehin Mukhyi, berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneliti dan menyemak operasi yang dijalankan kerana ianya merupakan perihal pentadbiran dan melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan.
suk


“Bagi kejadian perampasan Bible pada Khamis lalu, saya telah meminta Pengarah JAIS untuk mendapatkan segera laporan terperinci kejadian termasuk meneliti hasil siasatan yang dikatakan dilakukan,” kata Sallehin dalam kenyataan medianya. Beliau berkata, ia merupakan kejadian kedua yang melibatkan JAIS dan penganut Kristian selepas pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lalu.


Selepas kejadian tersebut Kerajaan Negeri meminta JAIS menyediakan Standard of Operation (SOP) dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini bagi mengelak berlaku salah faham dan buruk sangka. Semakan hendaklah antara lain memastikan pegawai penguatkuasa yang menjalankan operasi tersebut mematuhi SOP yang telah disediakan oleh JAIS dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian dan pelanggaran peraturan.

Sallehen Mukhyi


“Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan Editor The Herald, Lawrence Andrew pada Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor.


“Kerajaan Negeri selari dengan titah DYMM Sultan Selangor bahawa semua pihak perlu menghormati agama Islam sebagai agama rasmi. “Manakala masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Sallehin. Beliau berkata, semua rakyat tidak kira agama atau kaum mesti mematuhinya bagi menjamin kelangsungan hidup berharmoni, bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sumber: www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-01-09 10:41:23 daripada Administrator

  •  
  • Print