Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pencapaian KPI HRMIS

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah menetapkan Key Performance Indicator (KPI) bagi Pelaksanaan HRMIS kepada Tujuh (7) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri mulai tahun 2011. KPI bagi Pencapaian Pelaksanaan HRMIS di Agensi  diletakkan di bawah Dimensi Prestasi Tadbir Urus dan Akauntabiliti.

Pada tahun 2012, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan dan dikategorikan sebagai SANGAT MELEPASI SASARAN (Significantly Exceed target – ST). PSUK Selangor merupakan salah satu daripada 24 Kementerian / PSUK / Jabatan yang mendapat ST.

Penyampaian Sijil bagi Keputusan Penilaian KPI HRMIS Tahun 2012 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil.1/2013 pada 24 September 2013 di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sentiasa cemerlang dengan pencapaian KPI yang sangat memuaskan. 
 
hrmis hrmis hrmis hrmis

Kemaskini pada 2016-11-11 16:45:37 daripada Administrator

  •  
  • Print