Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

MDKS komited bangun Kuala Selangor pusat pelancongan menarik

SHAH ALAM, 17 DIS : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) komited memastikan pusat pelancongan di wilayah itu berada dalam keadaan terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

Setiausahanya, Azahari Sairin, berkata MDKS telah menjalankan beberapa projek pembangunan, penambahbaikan dan pengubahsuaian di beberapa pusat pelancongan sepanjang tahun 2011 sehingga pertengahan 2013.

"Suatu yang merugikan buat MDKS sekiranya kelebihan yang ada di Kuala Selangor ini gagal diselengara dan di kuala-selangor-bukit-melawati2pertingkat.

"Jadi menerusi, dana yang diperoleh dari Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 

MDKS dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan itu," katanya.


Sementara itu, kawasan puncak Bukit Melawati yang terhad dan bercerun membataskan usaha mendirikan struktur binaan seperti tandas awam.


Azahari berkata, selain kawasan berbukit, faktor menjaga keaslian kesan tinggalan sejarah antara punca tandas awam terpaksa dibina di Laman Budaya.

"Pada awal pembinaan, pihak MDKS juga mencadangkan lokasi tandas di puncak bukit tersebut bagi kemudahan pengunjung.

"Walaubagaimana pun, setelah kajian semula dilakukan, MDKS mendapati kawasan tersebut tidak sesuai memandangkan baki kawasan yang ada terhad," jelasnya.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab rungutan pengunjung berhubung kedudukan tandas awam jauh dan tidak mesra pengguna kerana tiada penunjuk arah.

bukit-melawati-main-board"MDKS sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pendapat orang ramai dalam memastikan pusat pelancongan di wilayah ini berada dalam keadaan terbaik dengan kemudahan yang mesra pengunjung.

"MDKS akan menambah bilangan papan tanda tunjuk arah yang mencukupi untuk kemudahan pengunjung," katanya.


Kemaskini pada 2013-12-18 15:29:06 daripada Administrator

  •  
  • Print