Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Selangor bangun pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD)

PETALING JAYA 3 DIS : Kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS) sedang menyediakan pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) bagi mengurangkan pergerakan bandar, kesesakan lalulintas dan pencemaran udara di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata sesuatu kawasan akan diwujudkan dengan berpaksikan kepada perhentian transit; Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam lingkungan 400 meter daripada terminal transit dengan berpandukan sistem TOD.

10aKatanya, setiap kawasan dalam lingkungan yang sama akan turut dilengkapi infrastruktur seperti laluan pejalan kaki, basikal serta kemudahan lain selain membenarkan ratio kepadatan yang tinggi.

"Ini bukan sistem yang kita cipta, sebaliknya mengambil model daripada negara luar seperti Hong Kong, Melbourne dan Rio De Janeiro yang berjaya dengan sistem TOD.

"Sama juga seperti inisiatif yang diambil Pulau Pinang untuk mengatasi masalah kesesakan, namun kita tidak boleh ambil secara menyeluruh dan turut memerlukan perubahan dalam perancangan.

"Perancangan mengambil masa dan kita jangkakan dalam masa setahun pelan induk dapat dibentangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Urban Transportation In PJ yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, hari ini.

03aChang Khim berkata, MBPJ akan menjadi perintis kepada pembangunan berasaskan TOD di Selangor kerana kepadatan penduduknya yang tinggi selain faktor sistem transit sedia ada di bandar itu.

"Kepadatan adalah isu sensitif di Petaling Jaya dan kita juga tidak mampu mengawal pertambahan penduduk. Jadi kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk mengatasi masalah ini, bukan untuk tempoh terdekat tetapi lebih penting untuk menghadapi masa hadapan," katanya.

Mengikut laman web MBPJ, rekod Mesyuarat Majlis Penuh MBPJ pada Mac lalu menyatakan projek TOD di PJ yang dimulakan awal tahun ini menelan peruntukan kira-kira RM9 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page