Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

2,000 pekerja mahir diwujudkan di Selangor

SHAH ALAM, 29 OKT: Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baru bagi pekerja tenaga mahir diwujudkan di Selangor berikutan kejayaan usaha Kerajaan negeri membawa masuk pelabur asing ke negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara pelabur asing yang bakal memulakan operasinya di negeri itu termasuk syarikat pengeluar kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal dari Belgium, Switzerland dan Jerman.Katanya, beliau yakin Selangor mampu menyediakan tenaga pekerja mahir yang secukupnya bagi tiga industri berteknologi tinggi itu."Pelaburan yang datang ke Selangor adalah pelaburan berteknologi tinggi dan memerlukan pekerja mahir untuk mengendalikannya dalam bidang kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor' yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan; Dr Halimah Ali dan Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

 

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga komited menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan terbaik untuk didiami dan membina keluarga, sekali gus menarik minat warganya terus menetap serta bekerja di negeri itu.

Terdahulu, pada 29 September hingga 7 Oktober lalu, Abdul Khalid mengetuai delegasi perdagangan Selangor ke Belgium, Switzerland dan Jerman bagi menjalin hubungan perdagangan dengan pelabur negara terbabit.

Dalam misi itu, Abdul Khalid turut mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Sains Hayat dan Kimia Belgium yang mewakili 800 buah syarikat; syarikat penyelenggaraan kapal terbang, syarikat pengeluar makanan terkenal dan pengeluar jentera di Switzerland; agensi Hansen Trade and Invest dan Dewan Perniagaan dan Industri Ostwestfalen di Jerman.

Sementara itu, ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor' anjuran Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang diadakan berjaya menarik 150 penyertaan dari lebih 70 buah syarikat di Selangor.

Seminar itu diadakan bagi memberi maklumat dan pengetahuan kepada syarikat berkenaan isu pembangunan pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page