Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Elemen Islam jadi elemen pembangunan Pusat Bandar Shah Alam

SHAH ALAM 23 OKT: Pusat Bandaraya Shah Alam akan diberi nafas baru dengan menampilkan reka bentuk berciri Islam sebagai teras pembangunan utama.

Langkah itu antara lain bakal menyentuh penyeragaman warna, rekabentuk, fasad bangunan yang menarik dan beridentiti, kemudahan awam serta beberapa langkah lain membabitkan pembangunan sekitar pusat bandar Seksyen 14.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata rancangan pembangunan itu perlu dijalankan segera sebelum pemilik hartanah memajukan projek pembangunan masing-masing.

"Sejak dulu, Shah Alam dibangunkan tanpa mengikut perancangan sebenar, jadi kita mesti mulakan visi mereka bentuk semula pembangunan bandar ini sebelum terlambat.

"Biasanya pemilik tanah tidak mahu terlalu lama menanggung kos dan ingin memajukan projek pembangunan mereka segera, jadi kita mesti cepat" katanya selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Pusat Bandar Shah Alam, Seksyen 14, di Hotel Grand Bluewave, di sini, pagi tadi.

Bengkel anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu turut menyentuh perancangan membabitkan isu kesejahteraan dan kemakmuran, sekali gus meningkatkan indeks kegembiraan penduduk Shah Alam, selain pembentangan kertas kerja pembangunan pusat bandar berkonsepkan ciri Islam.

Seramai 120 peserta terdiri daripada pemaju, pemilik tanah, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, Ahli Majlis dan Jabatan Teknikal MBSA menyertai bengkel berkenaan.

Jaafar berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri supaya mewujudkan garis panduan yang perlu dikuatkuasakan dalam usaha menyediakan tempat letak kereta khas untuk wanita dan penambahan lampu bagi beberapa lokasi yang dikenal pasti.

"Terdapat tempat letak kereta yang gelap dan menakutkan terutama waktu malam. Seharusnya lokasi ini perlu ada lampu dan tempat letak kereta khas bagi kaum hawa terutama untuk wanita yang dekat dengan pintu masuk. Kita akan bawa cadangan ini kepada kerajaan negeri," katanya


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page