Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

MB : Latih belia baik pulih kapal terbang

KLANG, 13 OKT : Kerajaan Negeri akan menganjurkan program latihan penyelengaraan dan baik pulih peralatan mekanikal kapal terbang kepada golongan belia di luar bandar.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program tersebut bertujuan memberi pendedahan kerjaya baru selain mempertingkatkan keupayaan kemahiran di kalangan belia.

"Ia bukan sahaja memberi kemahiran tambahan, malah membantu membuka peluang pekerjaan dengan nilai pendapatan yang bagus buat belia Selangor.

"Dengan sijil yang mereka peroleh dalam latihan itu nanti, mereka berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat penyelenggaraan kapal terbang,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor seusai menyampaikan sumbangan lembu korban 2013 dalam satu majlis ringkas di Masjid Kampung Pendamar dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sedang bekerja sama dengan sebuah syarikat dari Switzeland bagi tujuan itu.

MB serah lembu korban 01

"Syarikat dari Switzeland ini akan mula beroperasi Januari tahun hadapan.

"Syarikat ini telah memiliki sebuah bangunan di Shah Alam dan kelulusan berkaitan latihan ini dijangka akan diluluskan pada November depan,"jelasnya.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri akan berurusan dengan semua ketua kampung seluruh Selangor untuk menjejaki belia-belia yang berpotensi untuk dibangunkan dalam program itu.

"Kita akan adakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua kampung supaya ketua-ketua kampung ini dapat mencadangkan belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk diserapkan ke dalam program ini,"jelasnya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page