Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Selangor pertimbang pelbagai jenis sumbangan sempena Aidil Adha

MB sumbang lembu korban 4

KLANG, 13 OKT : Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan beberapa bentuk sumbang sempena Hari Raya Aidil Adha bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

MB sumbang lembu korban 2

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata adalah penting baginya melunaskan amanah memastikan setiap sen wang rakyat dapat dimanfaat dan dinikmati oleh rakyat.

"Insyaallah, jika rezeki Selangor berterusan Kerajaan Negeri sedaya upaya akan mengembangkan sumbangan ini dalam pelbagai bentuk supaya masyarakat Islam dapat meraikan Aidil Adha dengan penuh perasaan,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Lembu Korban 2013 di Masjid Kampung Pendamar dekat sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 ekor lembu disumbangkan untuk diagihkan kepada seluruh masjid di DUN Pelabuhan Klang.

Hadir sama, Ketua Cabang PKR Klang Yew Boon Lye, Yang Dipertua PAS Klang Ahmad Nazri Nawi, Nazir Masjid Kg Pendamar Rosli Kasah dan Ketua Kampung Pendamar Mohd Zin Daud.

Bagi perayaan Aidil Adha tahun ini, Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri.

Kesemua lembu yang disumbangkan itu diperoleh daripada penternak tempatan termasuk PKPS Livestock Farm Sdn Bhd dan sebahagian lagi diimport dari Thailand.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page