Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

100 warga Kapar terima baucer Jom Shopping menjelang aidiladha

Jom Shoping  Dr Daroyah Alwi 1

KLANG 13 OKTOBER : Seramai 100 orang penduduk di DUN Sementa, Klang ternyata gembira setelah menerima bantuan Jom Shopping Aildiladha yang dilakukan di pasaraya Econsave Kapar, dekat sini hari ini.

Program yang dilaksanakan menjelang sambutan Aildiladha ini merupakan kesinambungan program Jom Shopping Aildilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri beberapa bulan lalu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan yang diberikan ini merupakan baki peruntukan Jom Shopping Aildilfitri di beberapa DUN lain yang tidak berjaya dihabiskan menjelang bulan Syawal lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri berhasrat mahu menghabiskan semua peruntukan Jom Shopping Aildilfitri lalu dan DUN Sementa menjadi yang pertama memohon untuk baucer tambahan program berkenaan.

"Kerajaan Negeri mahu menghabiskan peruntukan Jom Shopping Aidilfitri lalu dan hasil mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan boleh memohon untuk baucer tambahan.

"Jadi Sementa cepat-cepat ambil peluang ini dan beri kepada golongan yang memerlukan menjelang sambutan Aidiladha minggu hadapan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.8 juta kepada 56 DUN di seluruh Selangor untuk program Jom Shopping Aidilfitri.

Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan, Sutimah Kaslar, 65, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

"Banyak perubahan yang saya dapat lihat, pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya dan ramai lagi yang senasib saya, terima kasih kepada Dr Daroyah dan Kerajaan Negeri," katanya ketika ditemuim

Bagi Azlinda Basri, 45, pula menyifatkan bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban penyediaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

"Kita ini orang susah, jadi dengan kenaikan kos harga barang, dengan harga minyak naik dan macam-macam lagi, bantuan seperti ini dilihat sangat membantu membeli barang keperluan dapur," katanya


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page