Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Ketua Audit Negara puas hati prestasi syarikat pelaburan Selangor

KUALA LUMPUR 1 OKT: Laporan Ketua Audit Negara berpuas hati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) yang memperolehi peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan terkumpul pada 2011 berbanding 2009.

SSIC merupakan milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperolehi lebihan pendapatan bagi tahun 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.

Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperolehi daripada kerajaan negeri.

Memetik Harakah Daily, SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta.

Audit turut berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif.

Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.

Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja.

Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada tahun 2010 berbanding RM6.75 bilion pada tahun 2009.

Bagaimanapun tahun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, ini disebabkan oleh perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor.

Berdasarkan kepada pengiraan secara purata bulanan bagi jumlah pelaburan sehingga bulan September 2012, jumlah pelaburan pada akhir tahun 2012 dianggarkan akan meningkat kepada RM10.23 bilion.

Ketua Audit Negara berpendapat bagi meningkatkan jumlah pelaburan di Negeri Selangor, SSIC disarankan agar mempertingkatkan usaha dalam membawa industri lain antaranya sektor perkhidmatan dan asas tani sebagai pelaburan baru di Negeri Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page