Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

MBSA tingkatkan Stadium Shah Alam jadi ‘venue’ terbaik

SHAH ALAM 19 OGOS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa meningkatkan kualiti Stadium Shah Alam agar menjadi stadium terbaik di Malaysia.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, MBSA mengambil berat kemudahan stadium berkenaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik apabila diperlukan.

"MBSA sentiasa bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak jika diperlukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui melawat stadium berkenaan.

Katanya, MBSA tiada halangan jika stadium berkenaan dipilih menjadi ‘venue' utama perlawanan bola sepak domestik dan antarabangsa berikutan penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

"Stadium Shah Alam kini menjadi tumpuan kepada persatuan sukan dan juga pihak pengurusan acara untuk menganjurkan pertandingan bola sepak bertaraf antarabangsa," ujarnya.

Turut hadir, Jamsari Khamin, Pengurus Bahagian Pengurusan Stadium, Pengarah-pengarah jabatan serta ahli-ahli Majlis MBSA.

Stadium yang berusia 19 tahun itu bakal menjadi tuan rumah kepada perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala Asian (AFC) serta Piala Sultan Selangor.

Ini berikutan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menutup SNBJ serta merta bagi kerja-kerja baik pulih padang stadium berkenaan yang dijangka bermula selewat-lewatnya awal November ini.

Berkeluasan 155,000 kaki persegi, stadium berkenaan boleh memuatkan seramai 80,000 penonton dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut, Mohd Jaafar berkata, MBSA bersedia membantu daripada aspek kepakaran penjagaan padang jika diperlukan pihak SNBJ.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page