Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Selangor syor solat hajat doakan keselamatan rakyat Mesir

 

SHAH ALAM: Selangor mengecam keras tindakan rejim tentera Mesir yang disifatkan kejam dan melakukan jenayah sehingga menyebabkan ribuan terkorban dan cedera parah.

 

Dalam satu kejadian terbaharu, pasukan tentera Mesir mengangkat senjata dan menggempur ribuan penunjuk perasan di Medan Raba'ah dan Madinah Nasr. Kerahan itu menyebabkan 2,600 orang terkorban dan 15,000 lagi cedera.

 

"Seluruh rakyat Selangor yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera Mesir yang melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri," tegas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

 

Seluruh masjid, surau dan madrasah di seluruh Selangor disyorkan melakukan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan musibah itu dihentikan segera.

 

Sumber daripada: www.selangorku.com


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page