Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Kerajaan Selangor Peruntuk RM552,500 Kepada Atlet Sukma

SHAH ALAM 5 OGOS : Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM552,500 kepada 338 atlet pengurusan pasukan dan persatuan kontinjen Selangor yang memperoleh pingat dan mengharumkan Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-16.

Insentif itu disampaikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada majlis anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) di Laman Kayangan, Seksyen 7, di sini.

msn 01Hadir sama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Timbalan Ketua Kontinjen, Amiruddin Shari.

Pada majlis itu, seramai 198 atlet menerima insentif berjumlah RM451,000, manakala 70 pengurusan sukan menerima insentif berjumlah RM50,750 dan 70 persatuan menerima insentif berjumlah RM50,750.

Setiap atlet yang memenangi emas menerima insentif berjumlah RM3,500, RM2,000 diberikan kepada pemenang perak manakala pemenang gangsa menerima RM1,000.

Sementara pengurusan sukan dan persatuan masing menerima RM1,000 bagi pingat emas, RM750 bagi perak dan RM500 bagi gangsa.

Abdul Khalid berkata, pemberian insentif itu diharap akan memberi motivasi dan galakan kepada kontinjen Selangor untuk mengekalkan kejuaraan pada Sukma ke-17 yang akan diadakan di Perlis tahun depan.

msn 02Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah peruntukan sedia ada iaitu RM5 juta, jika kontinjen memerlukan penambahan peralatan dan infrastruktur.

"Kerajaan Negeri sedar, peruntukkan kita kurang berbanding negeri-negeri lain, namun bagi kita bukan peruntukkan besar yang menentukan kemenangan tetapi latihan yang teratur dan penglibatan yang mantap memberikan peluang menang.

"Bagaimanapun, kita akan minta Pihak Berkuasa Tempatan dan pejabat daerah untuk menaiktaraf kemmudahan dan insfrastuktur sukan bagi keselesaan atlet kita," katanya dalam ucapannya.

Pada kejohanan Sukma lalu, kontinjen Selangor yang terdiri daripada 477 atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih muncul juara keseluruhan menyingkirkan juara bertahan Terengganu selepas meraih 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Kejayaan itu adalah yang kelapan buat Selangor selepas kali terakhir muncul juara keseluruhan pada edisi ke-11 di Kedah pada 2006.

Anugerah Olahragawan Sukma ke-16 turut dimenangi atlet gimnastik artistik dari Selangor, Danniel Iskandar Richard yang meraih tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki, berpasukan lelaki dan kekuda berpelana lelaki serta dua perak daripada acara melombol dan palang tunggal.

Sementara itu, Danniel, 19, ketika ditemui melahirkan rasa gembira di atas insentif yang diterimanya sebanyak RM14,500.

"Insentif ini akan digunakan dengan sebaiknya, bagi saya ia merupakan satu suntikan semangat kepada saya untuk meneruskan kecemerlangan.

"Apa yang penting selepas ini, kita akan menyiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi Sukma tahun depan.

"Dan berharap satu hari nanti saya dapat melayakkan diri ke Sukan Komanwel," katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page