Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Kerajaan Negeri Sedia Kaji Peruntukan Tambahan Pembangunan Sukan Selangor

SHAH ALAM, 9 JULAI: Selepas kejayaan Selangor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI), Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan menambah peruntukan bagi pembangunan sukan di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan tambahan tersebut akan disalurkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan peruntukan bagi membiayai sokongan latihan.

"Saya telah mintak Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memberikan saya mana sukan-sukan yang perlukan peruntukan tambahan supaya dapat dipertingkatkan lagi.

"Ia juga mana-mana sukan yang perlu mendapat sokongan daripada segi latihan.

Sebab kita rasa kita ingin memastikan bahawa Sukma yang akan berlangsung tahun depan, Selangor akan dapat bersaing dengan lebih hebat lagi," kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Ketua Kontinjen Sukma XVI Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi memberitahu, beliau berharap Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan peruntukan bagi membangunkan sukan di Selangor.

Menurut beliau, peruntukan tambahan tersebut diperlukan bagi memastikan Selangor dapat mempertahankan kejuaraan dalam Sukma tahun depan dan untuk pembangunan sukan Selangor secara menyeluruh.

Dr Ahmad Yunus yang juga Exco Belia dan Sukan Selangor juga menambah, berbanding negeri lain yang menerima peruntukan sukan sehingga mencecah RM10 juta, Selangor hanya menyediakan peruntukan RM5 juta setahun.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page