Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

GOMBAK, 16 MEI: Masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan DUN Gombak Setia menjadi agenda utama u

SABAK BERNAM 21 APRIL : Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam perlu dilakukan bagi mempesatkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan bermutu bagi masyarakat setempat.

ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata usaha itu juga penting bagi menurunkan kadar kemiskinan kawasan Sabak Bernam yang dikatakan antara tertinggi di Selangor dan bagi mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk lain.

Sallehin berkata kebanyakan prasarana dan bangunan di pekan tersebut seperti pasar sudah usang manakala belia-belia ramai meninggalkan kawasan itu kerana kekurangan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, usaha naiktaraf dan pembangunan semula pekan tersebut merupakan antara tugas utamanya dalam penggal pertamanya sebagai ADUN.

"Ramai masyarakat miskin di Sabak Bernam tinggal di kawasan ini yang sudah lama tidak distrukturkan.

"Jadi ia membantutkan persaingan dari segi ekonomi dengan keperluan yang terhad," katanya ketika ditemui. Beliau berkata akan membuka pusat khidmat DUN di pekan tersebut dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Sallehin meminta jentera penerangan Pakatan Rakyat Selangor agar menggiatkan usaha penerangan kepada penduduk di Utara Selangor berkenaan program di bawah agenda .

Sallehin mengharapkan agar akhbar kerajaan negeri Selangorkini dapat diedarkan dengan lebih meluas di kawasan utara Selangor supaya penduduk di situ mendapat lebih maklumat tentang program Kerajaan Negeri.

Katanya, golongan yang berusia kurang mendapat maklumat daripada Kerajaan Negeri dan bergantung kepada maklumat daripada media massa yang dikawal Umno-BN.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page