Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Cadang Tubuh Panel Bebas Untuk Rujukan Penduduk Bukit Botak

SELAYANG, 29 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) Selangor bercadang menubuhkan sebuah panel bebas bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan yang dihadapi penduduk berhubung hak milik kediaman di Bukit Botak.

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi bayangan bahawa barisan panel itu akan terdiri daripada orang besar daerah dan beberapa pegawai kerajaan yang dilantik.

 

Bagaimanapun katanya, ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya PR diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

“Penduduk yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan kediaman boleh merujuk kepada panel bebas yang akan kita lantik nanti. Kalau penduduk rasa mereka benar-benar layak (memiliki kediaman) dan patut dapat keadilan, rujuklah pada panel ini.

“Saya hanya mencadangkan sahaja, belum mendapat persetujuan daripada pegawai kerajaan lagi. Kita akan laksanakan selepas pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan notis penyerahan kunci rumah berkembar satu tingkat Bukit Botak, di sini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

 

Dalam majlis itu, seramai 232 orang penduduk menerima kunci kediaman masing-masing.

Projek rumah berkembar di Bukit Botak mula dilaksanakan pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai itu yang sepatutnya dilaksanakan sebuah syarikat pemaju.

Projek yang menempatkan sebanyak 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di atas tanah seluas 165 ekar ini dijangka mula diduduki pada pertengahan bulan hadapan.

Kediaman ini dijual pada harga RM99,000 seunit bagi unit standard.

 

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut berkata, kediaman yang dibina di bawah pentadbiran PR Selangor

mempunyai nilai hartanah tinggi yang akan menguntungkan rakyat dalam jangka masa panjang.

Tambahnya, sejak 2008, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan lebih 30 peratus projek terbengkalai dan Bukit Botak menjadi pemangkin kepada penyelesaian projek seterusnya di negeri ini.

“Kebanyakan rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju tidak berkualiti tinggi kerana hendak menjimatkan kos dan tidak mengambil kira kepentingan penduduk.

 

“Apa ertinya kalau hendak menolong rakyat dengan menyediakan kediaman yang tidak menguntungkan mereka? Kerajaan PR komited untuk menyediakan kediaman yang mana nilainya boleh dipertahankan,” katanya lagi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page