Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Warga Shah Alam Bayar Cukai Melalui ‘MyMobile’

SHAH ALAM, 15 APRIL : Bagi memudahkan pembayaran cukai taksiran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan aplikasi ‘MyMobile’ yang menggunakan telefon mudah alih tanpa perlu ke kaunter.

 

Melalui aplikasi ini, pemilik harta khususnya di Shah Alam hanya perlu mendaftar di portal institusi kewangan, CIMB Bank Berhad di www.cimbclicks.com.my.

 

Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sambil diiringi Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Atan di Dewan Jubli Perak sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan.

“Sistem bayaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yg digabungkan dengan CIMB di mana pengguna boleh mengakses kepada pembayaran kewangan CIMB yang dibuat melalui telefon.

“Pemilik harta yang mempunyai akaun CIMB boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menyelesaikan bayaran cukai taksiran kepada pihak MBSA,” kata Abdul Khalid dalam sidang media.

 

Dalam majlis sama, Abdul Khalid turut melancarkan ‘Shah Alam City Council Industrial Directory 2013? berkaitan sektor perkilangan yang diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

 

Menurut Abdul Khalid, penerbitan buku ini bertujuan sebagai rujukan kepada bakal pelabur dan pelabur sedia ada untuk mendapatkan maklumat mengenai kilang yang beroperasi di Shah Alam.

Katanya, direktori ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk memulakan pelaburan di bandaraya Shah Alam.

“Hampir 7,000 pelabur direkodkan dan dimasukkan tempat operasi mereka seterusnya dibukukan supaya ia menjadi punca maklumat kepada mana-mana pihak yang ingin membuat hubungan dengan pengilang tersebut.

 

“Direktori ini sangat berguna dan menjadi bahan untuk kita mengiklankan kepada pelabur dalam dan luar negara tentang pelaburan yang sudah berlaku dan beberapa kawasan yang boleh mereka tumpukan sebagai alat kluster dalam industri,” katanya lagi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page