Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Kerajaan Negeri Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR

bantuan sekolah agama rakyat mac 20 04

SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu.

 

Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan.

 

Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi.

“Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini. bantuan sekolah agama rakyat mac 30 02

 

“Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini dan Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malam semalam.

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri telah meperuntukan RM 6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun.

“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR.

“Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan,” katanya.

bantuan sekolah agama rakyat mac 30 01

 

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta dihadiri kira-kira 300 orang guru-guru SAR seluruh Selangor.

 

Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan Kerajaan Negeri.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page