Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Dewan Baru Penduduk Kampung Pandan

dewan kampung pandan dalam mb 02

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Empat bulan dari sekarang, penduduk Kampung Pandan Dalam di sini bakal menerima sebuah dewan serbaguna baru yang lebih luas bagi menggantikan dewan sedia ada.

 

Keprihatinan ini dizahirkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang terus konsisten mendengar keperluan rakyat terutama dalam aspek keselesaan infrastruktur awam.

 

Dengan kos RM 341,000 melalui peruntukkan Geran Selangorku, gerak kerja pembinaan dewan yang telah dipohon sejak November tahun lalu akan dilakukan dalam masa terdekat oleh kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

dewan kampung pandan dalam mb 01

 

Semalam Majlis Pecah tanah dilakukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir Exco Perumahan dan Pembangunan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pengerusi JKKK Kampung Pandan, Abu Hanifah Abdul Rahman serta penduduk setempat.

 

Difahamkan, dewan baru ini dibina secara terbuka bagi fasa pertama dan pihak Dun Cempaka akan membuat permohonan peruntukkan tambahan untuk fasa kedua bagi kerja-kerja tambahan struktur dewan secara tertutup yang dilengkapi pendingin hawa.

 

Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapan ringkas berkata, Kerajaan Negeri lebih selesa menyediakan peruntukkan yang cukup terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman berhubung projek pembangunan prasarana rakyat.

“Iskandar konsisten dalam memohon keperluan rakyat. Kita kalau nak janji, kena ada duit baru boleh buat dewan,” katanya pada Majis Kesyukuran Sempena Pembinaan Dewan Baru di Jalan Medan Kampung Pandan (Jalan H), Kampung Pandan Dalam.

dewan kampung pandan dalam mb 03

 

“Jadi malam ini kalau saya diberitahu bahawa kita datang baru hendak bercakap ‘saya akan membuat dewan’, saya tidak mahu.

“Hanya membuang masa orang kampung. Jadi saya datang, duit sudah ada pada MPAJ, kontraktor sudah ada, Menteri Besar boleh datang dan beritahu rakyat supaya mereka boleh semak perkara ini.”

Geran Selangorku diwujudkan Kerajaan Selangor hasil daripada usaha pengutipan semula hutang Talam Corporation yang bernilai RM 390 juta yang sebelum ini diabaikan pentadbiran Umno-BN.

 

Hasil kutipan berkenaan dipulangkan kepada rakyat melalui program penambahbaikkan infrastruktur awam di Negeri Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page