Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Tanah Projek Datum Jelatek Hakmilik Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 20 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan tanah bagi projek Datum Jelatek bukan tanah rizab melayu sebaliknya milik Kerajaan Negeri.

 

Malah, katanya, 70 peratus rumah di dalam projek tersebut akan dijual kepada masyarakat Melayu dan 30 peratus kepada bukan Melayu.

“Ini bukan kawasan rizab Melayu, kita sudah diberitahu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ianya milik Kerajaan Negeri dan kita juga meminta PKNS supaya membina rumah-rumah itu dan 70 peratus akan dijual kepada masyarakat Melayu.

 

“Pagi ini kita mengadakan perbincangan dengan Pengurus PKNS, Othman Omar. Beliau memberikan maklumat-maklumat terperinci kepada kita.

“Kita juga akan meneruskan projek itu disamping mengambil kira permintaan dan beberapa faktor kemiskinan masyarakat setempat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Exco, di Bangunan SUK, di sini.

 

Abdul Khalid berkata demikian sebagai jawapan kepada memorandum bantahan terhadap projek itu yang diserahkan semalam oleh Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad.

Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri sudah banyak membangunkan projek perumahan mampu milik yang lebih sesuai dan lebih mementingkan keupayaan masyarakat setempat.

Sebelum ini, Abdul Khalid menyangkal dakwaan bahawa komuniti Melayu di kawasan Jelatek, Kuala Lumpur terpinggir akibat projek pembangunan bercampur itu.

 

Sebaliknya penduduk Melayu yang menjual unit pangsapuri mereka kepada PKNS untuk projek itu menerima keuntungan berlipat kali ganda apabila dibayar RM 300,000. Sebaliknya harga asal pangsapuri kos rendah mereka hanya sekitar RM 20,000.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page