Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

DYMM Sultan Selangor Hadiahkan Cokmar Khatib Masjid Bukit Jelutong

KLANG 28 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk menghadiahkan sebuah Cokmar Khatib dan mewakafkan 500 buah nashkah Al-Quran untuk kegunaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam.

 

Kedua-duanya disampaikan Sultan Selangor dalam satu majlis yang diadakan di Istana Kota Alam Shah petang tadi, yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MB sultan cokmar khatib bkt jelutong 02

 

Cokmar diterima Imam Besar masjid tersebut, Ustaz Abas Mohd Yusof sementara nashkah Al- Quran pula disampaikan kepada Imam Kariah Masjid, Mohd Azizi Yaakob.

 

Selain itu, Menteri Besar turut menyumbang permaidani untuk kegunaan masjid yang diterima Ahli Jawatankuasa Masjid, Mohd Fauzi Abdul Rahman.

Masjid yang menelan kos RM 22.5 juta itu mula dibina pada tahun 2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini.

 

Keseluruhan kos merupakan pembiayaan bersama Wakaf Khas Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (RM 6 juta), Kerajaan Negeri (RM 11 juta), Sime Darby Property Bhd (RM 6 juta) dan Ahli Kariah Masjid (RM 2.5 juta).


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page