Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Taska Di Rumah Bantu Wanita Jana Pendapatan

SHAH ALAM 24 FEB : Skim SiKembar bukan sahaja menolong ibubapa berpendapatan rendah menghantar anak ke TASKA, malah telah membuka peluang bagi suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan membuka taska sendiri.

Skim yang memberi RM 100 bagi seorang kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah itu telah mendapat respons positif daripada kalangan wanita yang berminat mengusahakan pusat jagaan secara persendirian di rumah.

Oleh itu Kerajaan Negeri telah mengadakan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak bagi pertama kali untuk melatih bakal usahawan, khususnya wanita, untuk memulakan taska mereka sendiri.

YB Rodziah Kursus Latihan Taska De Palma Hotel Shah Alam 02Nor Suhazianty Saufi, 32, pengasuh kanak-kanak persendirian dari Cheras, Kuala Lumpur memuji langkah Kerajaan Negeri yang membuka peluang untuk surirumah dan ibu tunggal menjalankan taska.

“Saya sangat teruja seperti dinyatakan Yang Berhormat (Rodziah Ismail), ia membantu ibu-ibu sebelum menjadi ibu tunggal secara tidak langsung masalah ekonomi keluarga dapat kita atasi daripada awal.

“Kursus ini juga bagus kerana ia mengajar kita tentang asas dan membantu kepada pengasuh-pengasuh yang masih belum berdaftar.

“Secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk tahu arah tuju dan apa perlu dibuat sebelum atau selepas membuka taska,” katanya apabila ditemui selepas kursus tersebut yang berlangsung selama tiga hari.

YB Rodziah Kursus Latihan Taska De Palma Hotel Shah Alam 03Jamaliah Lemin, 34, dari Puchong juga sependapat dengan menyatakan ia langkah ke hadapan dalam membantu kalangan ibu bapa dan pengasuh taska di Selangor.

“Sangat bagus (untuk ibu bapa) dan dapat menjana lagi pendapatan (pengasuh pusat taska),” katanya yang berhasrat membuka pusat jagaan kanak-kanak di rumah selepas ini.

Rodziah selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan menjelaskan kursus itu bagi melayakkan pengusaha taska menjadi pengasuh kanak-kanak berkualiti.

“Di Selangor, taska yang mengemukakan permohonan hampir 2,000 tetapi yang diluluskan hanya 300 sahaja.

“Maka kita wujudkan Sijil Asuhan Selangor supaya puan-puan atau sesiapa yang memiliki sijil ini akan layak menerima skim bantuan asuhan rakyat ini.

“Kita nak cari seramai mungkin untuk menerima manfaat ini kerana setiap tahun kita peruntukkan RM 3 juta.

“SiKembar maksudnya kita gabungkan yang anak-anak itu dapat subsidi RM100 dan kita mahu juga pengasuh taska juga dapat manfaatnya,” katanya.

Selain menambah pendapatan, beliau berkata, kaedah tersebut membuka peluang wanita menjalankan kerja di rumah dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page