Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Sultan Selangor : Masih Banyak Kes Cerai, Harta Yang Ambil Masa Terlalu Lama

SHAH ALAM, 21 FEB : Hakim Mahkamah Syariah Selangor diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan keputusan kes kerana masih terdapat banyak rungutan tentang kes yang melibatkan penceraian dan pembahgian harta yang mengambil masa terlalu lama.

 

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 03

 

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapannya bertitah bahawa apabila Mahkamah Syariah melengah-lengahkan penghakiman, ia akan menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat akan tergendala.

 

Tegas Baginda masih banyak rungutan daripada rakyat Selangor berhubung kes penceraian, pembahagian harta sepencarian, tuntutan nafkah dan pembahagian harta dan harta pusaka yang mengambil terlalu lama untuk mendapat keputusan.

“Beta berkenan supaya segala aduan dan rintihan yang dikemukakan ke Mahkamah Syariah hendaklah difahami dan diambil tindakan dengan segera.

 

“Setiap aduan janganlah diambil secara lewa kerana mereka yang membuat pengaduan memerlukan keadilan untuk meneruskan kehidupan.

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 02“Oleh itu, Hakim-hakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah mestilah mempunyai perasaan perikemanusiaan dalam menangani perkara ini,” titah Baginda lagi.

 

Baginda bertitah demikian semasa Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

 

Majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, di sini turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Dalam istiadat pengurniaan watikah itu, seramai tujuh orang dilantik sebagai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 04

 

Mereka adalah Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Seri Md Yusup Che Teh, Datuk Aidi Moktar, Datuk Hussin Harun, Datuk Yusof Musa, Datuk Mahammad Ibrahim dan Datuk Mohamad Abdullah.

 

Sementara itu, Yang Arif Dr Mohd Na’im Mokhtar, Yang Arif Abu Bakar Mohd Daud dan Yang Arif Mohamad Zakian Dio dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Manakala Zainal Abidin Kusmin dan Muhamad Hafiz Moksin dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page