Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Taman Sentosa Terima Rumah Mampu Milik

KLANG 19 FEB : Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya di sini bagi memenuhi kehendak rakyat apabila situasi banjir di situ dapat dikawal pada masa akan datang.

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan tersebut dibuat antara Kerajaan Negeri bersama pemaju selepas mengambil kira nilai dan potensi kawasan itu.

Abdul Khalid berkata permintaan untuk perumahan dan bangunan komersil di Taman Sentosa akan meningkat setelah situasi banjir dapat dikawal dengan pembinaan kolam tadahan yang akan siap akhir tahun ini.

 

“Sebelum ini dilihat perancangan dijalankan tidak mengikut peraturan yang betul. pecah tanah kolam takungan air taman sentosa 02

“Kita telah membuat cadangan kepada pemaju mengenainya kerana di samping mengatasi banjir ia mampu meningkatkan nilai pasaran di sini,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Takungan Air seluas 19.562 ekar di Taman Sentosa di sini semalam.

 

Setelah siap, kolam takungan itu dapat meredakan masalah banjir di kawasan sekitar Taman Sentosa yang berpunca daripada ketiadaan sistem aliran air yang sempurna.

Kolam takungan air yang lain akan turut dibina di Johan Setia, Jalan Tengku Kelana, Jalan Kebun Nenas, Klang Perdana dan Bukit Tinggi.

Dalam isu yang sama, Kerajaan Negeri akan juga menangani masalah banjir di Sungai Rasau, Shah Alam.

 

“Kita cuba atasi masalah ini dengan projek meninggikan jambatan di Batu Tiga bagi memudahkan aliran air terutama ketika banjir.

“Kerajaan Negeri melihat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat perancangan bagi penyelesaian banjir secara total,” katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page