Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RSS Feed

SME Platform

SME Platform

KENYATAAN AKHBAR
(EXCO Pembangunan Usahawan Selangor pada 3 November 2020)

Smart Selangor SME Platform Pemangkin Perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Negeri Selangor

Pembangunan sebuah komuniti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berupaya memacu ekonomi negeri Selangor kepada tahap yang lebih tinggi adalah menjadi salah satu sasaran utama program Smart Selangor 2025.


Menerusi domain pelaksanaan Smart Economy di dalam Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Julai 2020, program Smart Selangor mensasarkan untuk menerapkan elemen digitalisasi kepada sejumlah 200,000 PKS untuk membantu mereka memberikan tumpuan kepada usaha pembangunan produk menggunakan kaedah-kaedah digitalisasi dan juga membantu meluaskan pemasaran produk menerusi platform-platform pemasaran digital berasaskan media sosial.

Pada peringkat awal ini, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) selaku badan induk pelaksana program Smart Selangor telah memulakan proses pembangunan pangkalan data berpusat, profil PKS yang beroperasi di Selangor menerusi sebuah platform SME (Small Medium Enterprises) (www.smartselangor.com.my/smartsme).

Sebuah direktori digital atas talian PKS Selangor juga akan diwujudkan bagi memusatkan keberadaan kesemua PKS ini di dalam alam digital yang akan mendedahkan mereka kepada pasaran yang lebih luas di dalam dan luar negara. 
Untuk tempoh 2 bulan pertama, sejumlah 1000 PKS Selangor telah berjaya didaftarkan menerusi platform ini. Usaha ini akan diteruskan sehingga tahun 2025 agar sasaran untuk negeri Selangor menyumbang nilai ekonomi yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia akan dapat dicapai.

PKS yang berdaftar di Selangor ataupun beroperasi di Selangor adalah digalakkan untuk mendaftar di portal tersebut (www.smartselangor.com.my/smartsme) di mana platform ini akan mengumpulkan maklumat perniagaan serta membantu mengenalpasti kekuatan dan kekangan PKS tersebut agar proses pemasaran produk, pengembangan perniagaan dan penyaluran bantuan kerajaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan. 

(Sumber : Facebook Rasmi Smart Selangor)


Kemaskini pada 2020-11-16 17:02:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page