Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Belanjawan Selangor 2021

Belanjawan Selangor 2021


KENYATAAN MEDIA
3 SEPTEMBER 2020
PORTAL RASMI DAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BELANJAWAN SELANGOR 2021

Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada hari Jumaat, 30 Oktober 2020 di Dewan Negeri Selangor bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Sehubungan dengan itu, sukacita diumumkan perkara-perkara yang berikut:

1. PORTAL RASMI BELANJAWAN SELANGOR 2021
Portal ini adalah platform rasmi yang disediakan bagi mengumpul semua cadangan daripada seluruh rakyat Selangor sempena Belanjawan Selangor 2021 ini. Saranan dan aspirasi rakyat di semua lapisan wajar diteliti agar denyut nadi semua pihak dapat difahami dengan jelas seterusnya diterjemahkan ke dalam polisi yang lebih pro-rakyat. Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan dengan mengajak semua warga untuk melayari https://www.amirudinshari.com/selangor2021
Portal rasmi ini juga akan menyampaikan maklumat mengenai Belanjawan Selangor 2021 secara komprehensif kepada semua rakyat di luar dan di dalam Selangor. Inisiatif sebegini adalah penting agar rakyat terutamanya warga Selangor dapat memahami objektif penyaluran serta tunggak utama Belanjawan Selangor 2021 dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada semua.

 

2. PERTANDINGAN LOGO BELANJAWAN SELANGOR 2021
Dalam memupuk bakat-bakat muda di Selangor dan Malaysia, Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 akan diadakan bagi mencari rekaan logo terbaik di kalangan para pereka grafik tanah air.
Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 ini bakal diadili oleh panel-panel hakim yang terdiri dari pakar penjenamaan, pereka grafik dan artis visual Malaysia yang tersohor.
Pendekatan penghakiman untuk logo Belanjawan Selangor adalah berteraskan konsep dinamik dan kontemporari, selari dengan objektif Belanjawan Selangor 2021.
Pertandingan sebegini mencerminkan prinsip Kerajaan Selangor yang sentiasa bersikap inklusif dan menggalakkan penglibatan awam, terutamanya minda-minda kreatif terbaik negara demi citra terbaik Belanjawan Selangor 2021 dalam bentuk visualisasi logo.
Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 akan berlangsung dari 3 September 2020 hingga 21 September 2020.
Pemenang pertama akan menerima hadiah utama yang merupakan sebuah komputer riba MacBook Pro 13”. Pemenang kedua bakal menerima sebuah iPad Pro manakala pemenang ketiga akan menerima sebuah iPad Gen 7.
Para peserta boleh menyertai pertandingan tersebut dengan melayari https://www.amirudinshari.com/selangor2021-pertandingan
Kerajaan Negeri menggesa semua warga yang prihatin dan peduli agar mengambil bahagian dalam pengumpulan cadangan serta menyertai pertandingan berkenaan bagi membantu menjadikan Belanjawan Selangor 2021 ini yang terbaik untuk semua rakyat Selangor.

 

YAB DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
Dato’ Menteri Besar Selangor


Kemaskini pada 2020-09-15 16:39:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page