Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Pangsapuri Kos Rendah SS19 Nikmati Wifi Percuma

SUBANG JAYA 6 FEB : Perkhidmatan wifi secara percuma kini dapat dinikmati sebahagian daripada warga Subang Jaya sejak Disember tahun lalu, yang disediakan di bawah peruntukan Geran Selangorku.

 

Mengambil kira faktor kepadatan dan pendapatan sederhana penduduk, penghuni Pangsapuri Kos Rendah SS19 di sini berpeluang memanfaatkan perkhidmatan tersebut.

“Ia juga sebagai kemudahan kepada kanak-kanak dan guru sebuah tadika yang terdapat di kawasan perumahan ini.

 

“Sejak adanya wifi percuma ini, sambutan daripada warga penduduk terutamanya remaja begitu menggalakkan dan ini satu respon yang baik,” ujar pegawai Pusat Khidmat DUN Subang Jaya, Khai Kien.

wifi 2

 

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berharap agar sumbangan material dan moral dapat diberi kepada tadika berkenaan dalam usaha menjadikan warga kanak-kanak sebagai celik internet.

“Kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memberi sumbangan komputer mahupun mengadakan kelas komputer kepada kanak-kanak tadika.

 

“Ini seterusnya bagi memastikan agar perkhidmatan yang diusahakan Kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat kepada rakyat sedari awal usia lagi,” ujar Hannah.

Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk memberi sumbangan boleh menghubungi Pejabat DUN Subang Jaya.

 

Perkhidmatan wifi percuma tersebut menggunakan talian Unifi dengan pakej Biz berkelajuan 5 MBPS dengan harga langganan sebulan adalah sebanyak RM 119.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page