Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Lebih 3,000 pas bermusim Red Giants terjual – FAS

berita fas

SHAH ALAM, 9 FEB: Sebanyak 3,500 pas bermusim skuad Gergasi Merah bagi perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) 2020  terjual setakat ini, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Dr Johan Kamal Hamidon berkata jumlah itu dijangka terus meningkat sebelum tarikh tutup hujung bulan ini.

“Ia positif memandangkan ramai penyokong mahu datang ke stadium, malah mereka menunjukkan sokongan mahu menjadi sebahagian daripada pasukan sepanjang musim,” katanya.

Semakan di laman Facebook FAS, kelab bola sepak itu menawarkan empat pakej pas bermusim tanpa jersi iaitu VIP + cenderamata (RM319), terbuka + cenderamata (RM119), terbuka (RM109) dan kanak-kanak (RM49).

Ia  boleh didapati menerusi pautan https://faselangor.my/en/team-card/registration/new

Antara keistimewaan pemegang tiket bermusim adalah tidak perlu beratur membeli tiket perlawanan dan peluang menyertai peraduan.

(Selangorkini)


Kemaskini pada 2020-02-17 13:07:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page