Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RSS Feed

Selangor latih 1,202 Cikgu AnIS didik anak istimewa

 

SHAH ALAM, 12 JAN: Seramai 1,202 Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) menerima latihan khusus bagi mendidik anak-anak kelainan upaya di 452 taska seluruh negeri.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan  Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata sekurang-kurangnya empat tenaga pengajar terlatih ditempatkan di setiap pusat jagaan berkenaan.

“Sebelum ini, ibu bapa mengalami kesukaran untuk memilih pusat jagaan yang boleh menerima anak istimewa kerana tiada guru terlatih selain kos mahal.

“Namun, Selangor menjadi perintis dalam meningkatkan kemudahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sesuai dengan misi Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri serta Peduli Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Simposium Cikgu AnIS 2020 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini hari ini.

Setakat ini, seramai 650 anak istimewa didaftarkan di bawah jagaan taska berkenaan.

(Selangorkini)


Kemaskini pada 2020-01-13 15:49:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page