Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Selangor Modest Fashion Showcase 3 Disember 2019

pengumuman

Selangor Modest Fashion 
Tarikh : 3 Disember 2019
Tempat : Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor

iconLaman web : www.selangormodest.com
iconFacebook : Selangor Modest

Petikan Berita Mengenai "Selangor Modest Fashion"

beritaSELANGORKINI - PETALING JAYA, 7 NOV: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan merasmikan permulaan (prelude) Selangor Modest Fashion, malam tadi.

Keberangkatan baginda ke Sunway Resort Hotel and Spa itu diiringi Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris dan wakil Selangor Modest Fashion Dr Zulikhwan Ayub.

Turut hadir ialah pereka terkenal, Tom Abang Saufi, perunding fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain dan Pengasas KL Fashion Week, Andrew Tan.

Raja Muda Selangor sebelum itu turut dipersembahkan dengan rekaan pakaian hasil pereka muda antaranya Ghaania, Emin Madrosa, Nadd Hassan, Nicole Teoh dan Fyrose.

Tambah menarik apabila Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri turut memperkenalkan kembali rekaan tinggalan turun-temurun Selangor iaitu Kain Telepuk, Kebaya Selangor dan Baju Sikap.

Pada acara sama, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang perintis iaitu Solehin Usman, Zabir Arfan dan Halimatun Saadiah.

Acara kemuncak Gala Fesyen Selangor Modest Fashion dijangka akan berlangsung pada 3 Disember ini.

Selangor Modest Fashion diwujud bagi merancakkan lagi industri fesyen tanah air khususnya busana santun yang membawa maksud fesyen sopan serta tidak mendedahkan dan menampakkan susuk tubuh badan.

Program inisiatif Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor yang mendapat kerjasama Selangor Youth Community (SAY), Yayasan Raja Muda Selangor, ‘Entrepreneurship Selangor’ dan Royale Demure ini diwujudkan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberdayakan serta melahirkan pengkarya bertaraf dunia.

Beberapa program juga dilaksanakan melalui inisiatif ini iaitu Program Perantis dan Inkubator ‘Aspiring’.


Kemaskini pada 2019-11-21 16:39:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page