Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat

berita

SHAH ALAM, 28 OKT: Jumlah mangsa banjir di empat buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor dekat sini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 869 orang ditempatkan di pusat itu setakat jam 8 pagi ini.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (S.K) Parit Mahang kini menempatkan 600 mangsa daripada 167 keluarga berbanding 591 mangsa daripada 164 keluarga, semalam.

“Turut menunjukkan peningkatan ialah di S.K Pasangan, yang mencatatkan 150 mangsa daripada 50 keluarga berbanding 117 mangsa daripada 37 keluarga semalam, manakala dua lagi PPS iaitu di S.K Jaya Setia dan S. K Ijok pula kekal dengan masing-masing 47 mangsa daripada 16 keluarga dan 72 mangsa daripada 49 keluarga,” katanya.

Kenyataan itu menyebut SSCC akan terus memantau situasi banjir di kawasan terlibat selain menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2019-10-29 13:44:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page