Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Pelbagai faktor diambil kira, Selangor kekalkan cuti mingguan



 
 

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: Selangor tidak berhasrat mengikuti langkah Kelantan, Kedah dan terbaru, Johor menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti mingguan menggantikan Sabtu dan Ahad.Hal ini dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila ditanya sama ada mahu berbuat demikian.



"Tidak. Kita tiada rancangan tukar cuti hari minggu," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai
Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur di sini, semalam.Mengulas isu sama, Exco Agama, Sallehen Mukhyi dalam Majlis Prosiding Pengurusan Masjid di Auditorium Datuk Yahya Ahmad, SIRIM berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum meminda cuti mingguan."Bukan mudah, ia membabitkan banyak faktor seperti peluang membawa masuk pelaburan, adakah lebih menguntungkan atau beri kesan lain
kepada kerajaan negeri," katanya.Sebagai negeri paling hampir malah dianggap kembar kepada ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat di Putra Jaya, Selangor dianggap nadi penting kepada aktiviti harian, ekonomi dan urusan rasmi.Selangor walaupun tidak menjadikan Jumaat sebagai hari cuti tetapi konsisten berjaya memakmurkan masjid-masjid di Selangor sejak 2008.Berbeza sebelum 2008, masjid di Selangor mengadakan pelbagai program ilmu dari awal pagi sehingga ke malam untuk pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.Ini diakui tokoh agama terkenal, Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Ahmad Mustaffa Mohd Sidin; pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus; Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd, Shah Kirit Kakulal Govindji dan Yang Dipertua Persatuan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria.Sebelum ini Kerajaan Johor meminda cuti rehatnya dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.

 

Kemaskini pada 2013-12-12 14:24:07 daripada Administrator

  •  
  • Print