Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1



 
 

SHAH ALAM 27 NOV : Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1 sahaja kepada syarikat atau badan yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk kebajikan di atas tanah yang dimiliki.

Premium RM1 dikenakan kepada badan kebajikan bagi tujuan galakan dan memudahkan organisasi terbabit menjalankan aktiviti masing-masing.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, hal itu berbeza dengan perniagaan lain yang menjalankan aktiviti perniagaan demi meraih keuntungan di atas tanah komersial.



"Kita tidak boleh beri diskaun premium tanah secara melulu tetapi perlu ada garis panduan tertentu, kalau tidak semua pihak mahu diskaun.

"Syarikat dan badan yang menjalankan aktiviti kebajikan atau perniagaan yang keuntungannya untuk kebajikan masyarakat Selangor seperti untuk orang kelainan upaya (OKU), maka kita berikan premium sebanyak RM1 sahaja," katanya ketika menjawab soalan Gan Pei Nei (PKR-Rawang).

Abdul Khalid menjelaskan, bayaran penuh akan dikenakan jika pihak yang ditawarkan pemilikan terbabit menjual tanah kediaman itu ketika menyentuh isu premium sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap pihak yang ditawarkan pemilikan tanah kediaman.

"Namun, jika pemilik menukar hak milik tanah kepada anak atau waris, tiada sebarang bayaran dikenakan," katanya.

 

Kemaskini pada 2013-12-12 14:23:03 daripada Administrator

  •  
  • Print