Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Bas percuma PJ City Bus beroperasi sehingga 12 tengah malam

 

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan PJ City Bus sehingga jam 12 tengah malam bagi memudahkan orang awam ke Dataran Petaling Jaya untuk meraikan sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Dua buah bas dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit bermula di Terminal Bas Taman Medan, LRT Taman Jaya dan LRT Taman Bahagia akan beroperasi untuk membawa pengunjung ke Dataran Petaling Jaya.

Penolong Pegawai Penguat kuasa MBPJ, Mohd Rizal Mohd Arif berkata, pihaknya juga menyediakan 4,009 petak letak kereta di sembilan lokasi secara percuma dan berbayar buat pengunjung yang datang menaiki kereta serta kawalan lalu lintas.

“Kita menempatkan lima anggota penguat kuasa bagi mengawal aliran trafik di Jalan Persiaran Barat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, manakala jumlah anggota bagi 4 petang sehingga 12 tengah malam pula seramai 30 orang.

“Bagi lokasi tempat letak kereta, orang awam boleh meletakkan kenderaan di Tempat Letak Kereta Awam Seksyen 10, Taman Jaya, AMCORP Mall, PJX, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kompleks C, Bangunan Persekutuan, ‘On Street Parking’ Seksyen 53 dan Kompleks A,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim, hari ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi arahan ditetapkan bagi mengelakkan masalah tidak diingini berlaku.


Kemaskini pada 2019-02-14 08:22:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page