Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

AMAL sasar lonjak peningkatan pasaran tempatan dan Asia Tenggara

 

SEPANG, 12 FEB: ‘AMAL By Malaysia Airlines’ menyasarkan peningkatan 10 peratus pasaran tempatan dan Asia Tenggara bagi tempoh dua tahun melalui prospek cabang perniagaan perkhidmatan umrah dan haji yang diperkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif AMAL, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) mahu mengembalikan era kegemilangan mereka dalam industri perniagaan dengan tawaran pakej penerbangan terbaik ke Jeddah dan Madinah dari Kuala Lumpur.

“AMAL bermatlamat memperbaiki mutu perkhidamatan untuk jemaah umrah dan haji yang selama ini sering dibayangi kritikan seperti perkhidmatan kurang memuaskan, penerbangan lewat serta makanan kurang enak, justeru kami cuba meningkatkan kualiti di selururh rantaian perkhidmatan.

“Sejak 2018, kita mendapat maklum balas positif daripada jemaah. Kami mahu jemaah merasakan perjalanan itu bermula sejak mula penerbangan, bukan selepas tiba (di Tanah Suci),” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran ‘AMAL By Malaysia Airlines’ di Kompleks Kejuruteraan MAB.

Beliau berkata, setakat ini MAB berjaya menguasai 50 peratus pasaran dan berharap dapat meningkatkannya kepada 60 peratus, di samping menyediakan perkhidmatan bermutu buat jemaah dari Thailand dan Indonesia.

Katanya, AMAL juga bersedia memberikan tawaran pakej penerbangan umrah berpatutan khusus buat pegawai kerajaan sebagai langkah sokongan terhadap usaha Kerajaan Malaysia memberikan cuti tanpa rekod selama tujuh hari bagi mengerjakan umrah.

“Setakat ini, kita bekerjasama dengan lima agensi besar dan 20 agensi kecil. Secara keseluruhan, terdapat 275 syarikat terbabit dalam urusan pengendalian umrah dan haji.

“Kita buka peluang buat semua agensi untuk bersama-sama AMAL memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dengan penyediaan tiga penerbangan sehari atau membabitkan empat pesawat Airbus A380-800 dari Kuala Lumpur,” katanya.

 


Kemaskini pada 2019-02-13 09:15:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page