Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Kempen Kesedaran Kitar Semula Serta Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Dan Polisterin Di Bangunan Ke


Kempen bebas beg plastik bermula 2013

 

 

kempen

 

 

PELAKSANAAN KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA SERTA PENGURANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN POLISTERIN DI BANGUNAN-BANGUNAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 

 

LATAR BELAKANG

 

1. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah beriaya dilaksanakan pada setiap hari Sabtu di semua
pasaraya yang terlibat di Negeri Selangor dan sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan daripada semua pihak yang mana melibatkan pengusaha pasaraya dan pengguna di Selangor.

 

2. Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melaksanakan kempen ini di
bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor dengan penambahan beberapa kempen lain iaitu
kempen kitar semula dan kempen kesedaran pengurangan penggunaan elektrik.

 

3. Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 1812011 yang diadakan pada 18 Mei 2011 dan disahkan oleh MMKN ke 1912011 pada 1 Jun 2011 telah menimbang dan meluluskan Cadangan Kempen Kesedaran Kitar Semula dan Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor.

 

4. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penjawat-penjawat awam di Negeri Selangor mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

 

 

ARAHAN KERAJAAN NEGERI

 

 

1. Kempen Bagi Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik Dan Polisterin
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah bersetuju untuk mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik dan Polisterin secara berperingkat.

 

Peringkat pertama akan dijalankan bermula Julai 2011 sehingga Disember 2O11 di mana penggunaan polisterin dan plastik di gerai-gerai dan kafeteria di dalam bangunan-bangunan Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan pada setiap Jumaat.

 

Peringkat kedua akan dijalankan pada setiap lsnin dan Jumaat bermula pada bulan Januari 2012
sehingga bulan Jun 2012.

 

Penyediaan makanan bagi program-program kerajaan hendaklah dibuat secara "buffet" ataupun
pembungkusan makanan hendaklah menggunakan bekas guna semula/bekas mesra alam sahaja.

 

2. Hari Kitar Semula Kertas Terpakai

Bagi memastikan kertas-kertas terpakai dapat dilupuskan dengan cara yang betul, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bersama-sama Bahagian Khidmat Pengurusan Bangunan SSAAS telah bersetuju untuk menganjurkan "Hari Kitar Semula Kertas" pada setiap Hari Khamis di Bangunan SSAAS.

Bagi memastikan objektif kempen ini dapat dicapai, semua jabatan di Bangunan SSAAS perlu mempunyai langkah yang strategik dalam mengumpul kertas-kertas terpakai pejabat masing-

masing untuk di kitar semula pada hari Khamis.

Hasil pembelian kertas - kertas terpakal oleh syarikat yang akan bertanggungjawab dalam mengutip kertaskertas terpakai ini boleh dimasukkan ke dalam Duit Kelab atau Duit Jabatan masing-masing untuk kegunaan semua ahli.

 

3. Kempen Kesedaran Pengurangan Penggunaan Elektrik

Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar sememangnya prihatin terhadap kos
perbelanjaan bagi penggunaan elektrik yang tinggi di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri.

Oleh yang demikian, langkah-langkah seperti berikut perlu dilaksanakan oleh semua jabatan di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor :-

 

- Pastikan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan komputer hendaklah dipadamkan
sebelum meninggalkan Pejabat.
- Pastikan alat penyaman udara ( split aircond) ditutup sekiranya tidak digunakan.
- Menutup semua suis lampu dan pendingin udara semasa waktu rehat.
- Memastikan suis lampu dan pendingin udara di bilik pegawai sentiasa ditutup sekiranya tidak
digunakan.
- Menggunakan lampu jenis jimat tenaga (energy saving) sebagai ganti bagi lampu-lampu yang
rosak.
- Perlu memastikan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut jangka masa yang
sepatutnya.

 

 

 

 

TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini berkuat kuasa serta-merta mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.

 

PEMAKAIAN PEKELILING
Semua jabatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor termasuk Peiabat-pejabat Tanah dan Daerah, Badanbadan Berkanun Negeri, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Anak-anak Syarikat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah melaksanakan arahan seperti yang tertakluk pada pekeliling ini.

 

KOLEKSI GAMBAR

kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 

kempen

 

Kemaskini pada 2018-02-26 15:03:28 daripada Administrator

  •  
  • Print