Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

21 keluarga warga emas dapat sumbangan DUN Sri Muda

21 keluarga warga emas dapat sumbangan DUN Sri Muda
 
SHAH ALAM 19 SEPTEMBER: Suhaimi Shafei berkesempatan mengadakan kunjungan dan menyampaikan barangan keperluan harian kepada 21 keluarga warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda.
Program Ziarah Kasih Warga Emas itu bertujuan bertanya khabar dan membantu meringankan bebanan golongan berkenaan.
Suhaimi berkata, setiap bantuan perlu dilakukan secara menyeluruh selain memastikannya sampai kepada penerima tanpa mengira kaum dan keturunan.
"Program menziarahi ke rumah ini bukan semata-mata menyampaikan sumbangan malah ia memberi ruang kepada penduduk mengutarakan masalah setempat, contohnya masalah pemparitan serta jalan yang berlubang.
"Selaras dengan slogan meneruskan kecemerlangan selangor justeru setiap lapisan masyarakat kita raikan," katanya sambil menyatakan program sejak Ramadan itu akan diteruskan ke seluruh kampung.
Dalam lawatan dua hari itu, Suhaimi melawat ke 21 rumah sekitar Kampung Baru Hicom, Jalan Kebun, Flet Sri Proton, Seksyen 27, Alam Megah dan Bukit Naga.
Rata-rata warga emas gembira dengan kehadiran Suhaimi dan mengakui bersyukur pemimpin setempat mengambil berat tentang keadaan warga emas.
 

Kemaskini pada 2013-09-30 11:18:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page