Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

LZS sampaikan bantuan kepada 210 mangsa ribut

LZS sampaikan bantuan kepada 210 mangsa ribut
 
SHAH ALAM, 19 SEPT - Kesukaran 210 penduduk Meru, Klang dekat sini yang rumah mereka dilanda banjir dan ribut baru-baru ini mendapat simpati Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Berikutan itu, mereka diberi bantuan RM300 setiap seorang yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang mahu membawa hal itu ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
"Kejadian kali ini lebih kepada ribut. Ada kawasan yang kita kenal pasti setiap kali hujan akan berhadapan banjir," katanya yang menyatakan masalah banjir di beberapa lokasi utama sudah selesai.
Beliau akan mengadakan mesyuarat bersepadu dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelesaikan masalah di kawasan baru itu.
Penduduk, Abdul Muhit Karmain yang tujuh tahun menetap di Taman Meru Indah, Klang menyifatkan pengalaman pertama berdepan banjir dan ribut, sukar dilupakan.
Apatah lagi, mereka sekeluarga sedang mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri ketika kejadian, malah khemah untuk tetamu diterbangkan ribut.
Beliau menganggarkan kos kerugian berjumlah RM5,000 termasuk kerosakan bumbung dan barangan elektrik.
"Kejadian berlaku 1 September lalu. Saya pasang satu khemah, khemah terbang dan makanan semua kena hujan. Banyak barangan tidak dapat diselamatkan," katanya.
Bagi Mohd Nasir Saad yang empat tahun menetap di Jalan Kasim Meru, beliau berharap sistem perparitan dibaik pulih dan dinaik taraf supaya banjir dapat dielak.
Beliau mengakui berhadapan bencana banjir dua kali setahun lantaran tinggal berdekatan parit yang menjadi laluan saliran air.
"Saya di rumah jiran, Tiba-tiba ribut dan hujan. Tak sampai 30 minit bumbung terbang dan kami bergotong-royong membantu jiran," katanya.
 

Kemaskini pada 2013-09-30 11:17:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page