Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Pertahan Piala Sultan Selangor, MB ucap tahniah

Pertahan Piala Sultan Selangor, MB ucap tahniah  


SHAH ALAM, 29 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Selangor yang mempertahankan Piala Sultan Selangor ke-12 selepas menumpaskan Singapura 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

"Tahniah kepada pasukan bola Selangor kerana berjaya menewaskan Singapura dalam Piala Sultan Selangor!" katanya melalui facebook, malam tadi.

Abdul Khalid hadir mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi menyaksikan perlawanan yang menemukan dua musuh tradisi Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

Pada edisi tahun lalu, Selangor merampas kembali piala berkenaan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Singapura selepas kemarau selama tiga tahun berturut-turut.

Pasukan bimbingan jurulatih, P Maniam itu muncul juara hasil dua jaringan tonggak penyerang import Francis Forkey Doe dan satu gol dari pemain import pertahanan, Adam Griffith.

Biarpun bergelut dengan isu peletakan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, pasukan Merah Kuning ternyata beraksi cemerlang untuk tidak mengecewakan lebih 50,000 penonton yang hadir malam itu.

Kesebelasan utama dibarisi Asharuddin Putra Omar, Norazlan Razali, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Adam Griffith, Forkey Doe, S.Kunalan, K.Gurusamy, Mohd Nashriq Baharom, Mohd Fitri Shazwan dan S.Veenod.

Pasukan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000 yang disampaikan baginda sejurus tamat permainan.

 

Pada malam itu, peminat bola sepak tempatan turut dihiburkan dengan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura, Veteran Singapura menang 1-0.


Kemaskini pada 2013-09-30 10:36:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page