Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Usaha tingkat pelancongan di Kuala Selangor, Tanjung Karang Dan Sekinchan

berita

SHAH ALAM, 5 SEPT: Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak korporat dan agensi kerajaan bagi menambah bilangan hotel atau ‘homestay’ sebagai usaha memperkembangkan lagi kawasan pelancongan di Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan.

Exco Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, usaha itu diberi perhatian kerana kekurangan tempat penginapan.

“Banyak promosi yang membabitkan kawasan ini namun kekurangan tempat penginapan menyebabkan pelancong kurang ke kawasan ini.

“Saya bercadang dengan adanya banyak tempat dinaiktaraf selepas ini, saya akan berbincang dengan pelbagai pihak untuk mewujudkan lebih banyak tempat penginapan supaya pelancongan dapat bermalam dan berbelanja di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan oleh Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Abdul Rashid berkata, sebanyak RM573,000 diperuntukkan dalam tempoh lima tahun lepas bagi tujuan menaiktaraf kawasan pelancongan di beberapa kawasan di Kuala Selangor antaranya Bukit Melawati dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.

“Bagi tempoh lima tahun lagi, Kerajaan Negeri sudah merangka beberapa pakej tarikan lain antaranya ‘magrive tour’ di sepanjang pantai Kuala Selangor, Sky Mirror, Bukit Melawati Heritage Walk, Pusat Pemeliharaan Kelip-Kelip Bukit Belimbing dan Kraf Tembikar,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalukan cadangan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) supaya mengemukakan cadangan atau kawasan yang boleh dinaiktaraf sebagai tempat pelancongan untuk diperkenalkan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-09-05 12:49:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page