Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KDEBWM komited uruskan sampah di 64 kawasan berstrata PJ

berita

SHAH ALAM, 29 OGOS: KDEB Waste Management (KDEBWM) komited menyelesaikan isu kutipan sampah khususnya 64 kawasan bertingkat (berstrata) di sekitar Petaling Jaya.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya akan melaksanakan kutipan setiap hari di rumah-rumah sampah berbanding tiga kali seminggu yang dilaksanakan sebelum ini.
 
“Isu sampah di kawasan berstrata tidak lagi asing, kita tahu kebimbangan orang ramai akan kemampuan KDEBWM menyelesaikan masalah sampah ini.

“Kita mengambil maklum penjanaan sampah setiap hari tinggi kerana jumlah penduduk yang ramai di kawasan ini.

“Namun, KDEBWM akan memastikan rumah-rumah sampah di kawasan ini dikutip setiap hari,” katanya kepada SelangorKini.

Ramli berkata, setakat ini pihaknya turut berjaya mengendalikan kutipan sisa pepejal di kawasan berstrata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Di kawasan berstrata contohnya di MPAJ, KDEBWM mempunyai jumlah peralatan, tong dan lori yang cukup, jadi tiada masalah untuk mengendalikan kutipan,” katanya.

Pada masa sama, Ramli berkata, KDEBWM menyasarkan penurunan aduan sebanyak hanya tujuh aduan sehari di Petaling Jaya.

Katanya, sasaran itu berdasarkan jumlah penduduk yang ramai.

“Di kawasan Klang contohnya, hanya tiga aduan maksimum bagi sehari. Oleh itu, di Petaling Jaya ini, kita jangka ia akan menurun kepada tujuh sehari,” katanya.

Mulai 1 Ogos lalu, KDEBWM mengambilalih perkhidmatan pengurusan kutipan sampah domestik dan pembersihan awam secara berperingkat, di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebanyak 97 kawasan membabitkan 53 kawasan disediakan lori kompaktor bagi kutipan sampah domestik dan 44 lori ‘amroll’ bagi pembersihan awam.

KDEBWM adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri melalui pegangan sahaja di dalam Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang diberi tanggungjawab melakukan kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, di Selangor.

MBPJ adalah Pihak Berkuasa Tempatan keenam selepas Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-08-29 11:25:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page